Monday 21 January 2013



Assalamu’alaikum WBT.

Sukacitanya pihak KOANSAR telah membuka penyertan program Umrah Tarbawi Bersama Al-Musnid Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi pada 28 Jun 2013 (Umrah Awal Ramadhan – 12 Hari) hanya RM 5,599.00 sahaja.

Hotel penginapan di Madinah Al-Munawwarah bertaraf 3 bintang, 30 meter jarak diantara Hotel dengan Masjid Nabawi. Manakala di Makkah Al-Mukarramah, jarak hotel ke Masjid Al-Haram kira-kira 5 minit sahaja.

Sepanjang program ziarah dan umrah akan dibimbing dan ditarbiyah langsung oleh Syeikh Muhammad Rajab Al-Idrisi dan pengerusi KOANSAR iaitu Tuan Guru Hj. Abdul Halim. Para peserta juga tidak ketinggalan untuk mengikut pengajian yang akan disampaikan oleh Al-‘Allamah Syeikh Ahmad Jamhuri Al-Makkiy di Makkah Al-Mukarramah.

PANDUAN TEMPAHAN PAKEJ UMRAH Anjuran KOANSAR

1.      Bayaran deposit RM 500.00 seorang.

2.      Pembayaran penuh 40 hari sebelum tarikh berlepas, sama ada tunai di pejabat Darul Ansar atau melalui akaun KOANSAR: 04150000989102 di CIMB Islamic.

3.      Passport Antarabangsa yang mempunyai tempoh sahlaku melebihi 6 bulan pada tarikh berlepas serta mempunyai sekurang-kurangnya 4 mukasurat kosong.

4.      Salinan Kad Pengenalan.

5.      Sijil Suntikan Meningitis. Acyw-135

6.      Salinan Sijil Nikah (Bagi wanita yang bermahramkan suami)

7.      Salinan Sijil Kelahiran (Bagi wanita yang bermahramkan bapa / lelaki bawah 19 tahun yang bermahramkan bapa)

8.      Surat akuan (bagi wanita yang pergi tanpa mahram atas 45 tahun). Dokumen sokongan.
·         Salinan Kad Pengenalan suami & Sijil Nikah @
·         Salinan Surat Kelahiran peserta & salinan Kad Pengenalan bapa @
·         Salinan Kad Pengenalan & Surat Kelahiran anak lelaki (Berumur atas 18 tahun) @
·         Salinan Surat Kelahiran peserta & salinan Surat Kelahiran serta salinan Kad Pengenalan adik beradik lelaki (Berumur atas 18 tahun)

9.      Sekeping gambar saiz passport untuk “Name Tag”

10.  Gambar Visa Umrah sebanyak 3 keping, syarat-syarat seperti berikut:
·         Saiz gambar berukuran 6cm X 4cm
·         Saiz wajah berukuran 4cm X 3cm
·         Berlatar belakangkan warna putih.
·         Tidak bersongkok / kopiah (Bagi lelaki)
·         Betudung gelap (Bagi perempuan)


Bagi peserta yang berminat boleh menghubungi terus untuk pendaftaran segera di talian Darul Ansar iaitu:

013-4742240 (Darul Ansar Perak)
606-336 1706
013-611 1706

Penyertaan terhad hanya kepada 80 orang peserta sahaja.