Monday 12 August 2013


UMRAH TARBAWI - Dis 2013


Assalamu’alaikum WBT

Umrah Tarbawi untuk Disember 2013 ini dikendalikan sepenuhnya oleh KOANSAR MANAGEMENT AND TRAVEL anak syarikat milik penuh KOP. PERUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MELAKA BHD. Program dijalankan selama 12 hari ini, penuh dengan pengisian dan tarbiyah yang dipimpin oleh Mutawwif yang berpengalaman disamping mendapat pengajian dan tarbiyah yang dikendalikan oleh Al-Musnid Syeikh Muhammad Rajab Al-Idrisi.

Pengajian 40 Hadith & Solawat karya SF Syeikh Mohd Rajab akan disampaikan langsung oleh beliau sepanjang di Madinah Al-Munawwarah dan pengijazahannya serta keizinan untuk menyampaikan hadith & solawat tersebut akan diberikan Ijazah Khossah (khusus) kepada peserta yang mengikuti program Umrah Tarbawi Dis – 2013.

Disamping itu, In Sya Allah akan dijadualkan pengajian 40 Hadith Amalan Pembenteng Diri yang juga disampaikan langsung di Mekkah Al-Mukarramah oleh Al-Musnid Syeikh Muhammad Rajab Al-Idrisi. Segala pengajian di Mekkah juga Madinah disampaikan langsung oleh Syeikh Rajab serta diijazahkan oleh beliau.

Kemudahan penginapan yang terbaik, seperti Hotel Mawaddah Safwa hanya jarak 50 Meter ke Masjid Nabawi, tidak meletihkan para Jemaah terutamanya warga emas yang menjadi peserta Umrah Tarbawi Dis – 2013, begitu juga di Mekkah para Jemaah akan menginap di Hotel Zamzam Tower hanya jaraknya 50 Meter ke Masjid Al-Haram untuk memudahkan Jemaah.

Program ibadah dan tarbiyah langsung akan dibimbing oleh SF Syeikh Rejab Al-Idrisi dan ibadah Umrah dipimpin oleh Mutawwif dari Malaysia, samada Miqat Biyar ‘Ali, Tana’im, Ja’ranah & Hudaibiyah.

Antara yang menarik Program Umrah Tarbawi Dis 2013 selain, program Umrah dan Ziarah di Makkah dan Madinah, para peserta diberi peluang untuk mengikuti program Liqa’ Al-Ilmi bersama Ulama’ Haramain antaranya dengan Al-‘Allamah Syeikh Ahmad Jamhuri Al-Makkiy, Dr. Sayyid Ahmad Al-Maliki dan Al-Muhaddith Syeikh Muhammad bin Uthman Zein Al-Yamani Al-Makkiy.

Para Jemaah akan dibekalkan empat kitab iaitu; 40 Hadith & Solawat, 40 Hadith Amalan Pembenteng Diri, Ibadah Haji & Umrah, Amalan & Zikir Ibadah Umrah dan kad tag nama. Jemaah juga akan dibekalkan tiga beg iaitu; Beg Begasi, Beg Sandang & Beg Sandal. Sesudah mengikuti Program Umrah Tarbawi Dis – 2013 ini akan dibekalkan 10 liter Air Zamzam.

Sepanjang di Madinah dan Mekkah juga disediakan khidmat rawatan Islam yang dibantu oleh Perawat Islam dari Darul Ansar. Muslimin dan muslimat dijemput untuk mengikuti program Umrah Tarbawi ini, terhad hanya kepada 40 orang sahaja. Hanya RM6,790.00 sahaja, untuk pendaftaran awal sila  sms 013-4742240