AL-MUSNID SYAIKH MUHD. RAJAB
AKMAL BIN AB. HALIM AL-IDRISI
Khalifah
Tariqat Al Muhammadiyah Al Idrisiyah
Maulana Sayyid
Muhammad bin Idris Al Idrisi Al Hasani
Penasihat
Eksekutif / Musyriful ‘Am Darul Ansar Malaysia.
Sohibul
Fadhilah al Ustaz al Syeikh Haji Muhammad Rajab Akmal bin al ‘Allamah al Ustaz
Haji Abdul Halim bin Haji Maidin bin Haji Che’ Mat bin Haji Che’ Lah bin Haji
‘Ain bin Haji Awwal al Idrisi al Ahmadi, dilahirkan pada 26 April 1984 bersamaan
26 Rejab 1404 Hijriyah pada hari Khamis di Hospital Lundu Sarawak dan dibesarkan
di Melaka. Anak kelahiran Sarawak ini mendapat pendidikan awal daripada kedua
orang tuanya iaitu ayahandanya al Fadhil al ‘Allamah al Ustaz Haji Abdul Halim
bin Haji Maidin dan ibundanya al Fadhilah Ustazah Hajjah Zaleha binti al
‘Allamah al Imam Haji Mohd Nor al Ahmadi.
Keluarga
disebelah ayahanda al Fadhil berasal berketurunan Melayu-Bengkalis, Indonesia
dan disebelah bondanya pula berketurunan Tembusai-Mendailing. Al Fadhil telah
mendapat pendidikan dibeberapa buah sekolah, iaitu di Sekolah Kebangsaan Tanjung
Bidara, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam
secara formal dan mendapat didikan dan pelajaran agama di Madarah Pasir Gembur,
Tg. Bidara, di sanalah al Fadhil mendapat pengajian al Quran daripada seorang
guru al Quran iaitu Haji Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Mamat’,
di Masjid al Jawahir Pengkalan Balak dengan datuk saudaranya iaitu Haji Uthman
bin Haji Md. Ali, Sekolah Rendah Agama Kampung Londang, Masjid Tanah, Sekolah
Rendah Agama Pengkalan Balak, Sekolah Randah Agama Kampung Gelam dan mendapat
pendidikan menengah di Madrasah Annuriah Addiniah Sungai Udang Melaka yang
dahulunya lebih dikenali sebagai Pondok Muallim Tuan Guru Haji Abdul Wahid.
Kemudian al Fadhil menyambung pengajian di Kuliyyah Addirasat al Islamiyyah Wad
Dakwah (APiD) Seri Manjung Perak dan Al Majma' Al Ilmi Al Ali Liddirasat Al
Islamiyah Wal Arabiyah (MINDA) Kedah Darul Aman kemudian melanjutkan pengajian
peringkat ijazah di Universiti Al Azhar Mesir di dalam Fakulti Syariah Wal Qanun
pengkhususan Syariah Islamiah dan bertalaqqi dengan Mursyid Tariqah al
Muhammadiyyah al Idrisiyyah al Ahmadiyyah as Syaziliyyah sedunia dan juga Imam
Besar di al Jami’ al Idrisi, Omdurman Sudan iaitu al Imam Maulana Sayyid
Muhammad al Syarif bin Idris al Idrisi al Hasani.
Sebenarnya
al Fadhil berasal dari keluarga yang ramai mejadi alim ulama iaitu ayahanda al
Fadhil sendiri al Allamah al Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Maidin, datuknya
sebelah ibunya al Marhum al ‘Arif al ‘Allamah Tuan Guru Haji Mohd Nor al Ahmadi,
ulama tasawwuf dan guru Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah dan moyang saudara di
sebelah ayahandanya al Marhum Tuan Guru al Imam Haji Jauhar bin Md. Sin yang
masyhur dengan pangilan ‘Tok Keling’, dan maqamnya di Masjid Kampung Pengkalan
Balak, Masjid Tanah, Melaka. Seorang ulama’ besar yang ada hubung kait dengan
keluarga al Fadhil disebelah ibu dan bapanya iaitu al ‘Allamah Sheikh Haji
Abdullah Basmeih, ulama yang masyhur dengan kitab ‘al-Muqaddam’ dan ‘Tafsir
Pimpinan ar-Rahman’.
Al
Fadhil telah berguru dengan ramai ulama yang muktabar dari Malaysia, Mesir,
Sudan, Syria, Makkah Al Mukarramah, Indonesia dan sebagainya di antaranya
adalah:
1. Al-Fadhil al-‘Allamah
al-Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Maidin.
Beliau
merupakan ayahanda al Fadhil, beliau dilahirkan di Singapura, kemudian
dibesarkan di Telok Kemang dan Pengkalan Balak. Beliau mendapat pendidikan
daripada Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak dan Sekolah Rendah Agama Pengkalan
Balak, kemudian meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Agama Sultan Muhammad
Batu Berendam kemudian ke Kolej Islam Klang, kemudian ke Maktab Pengajian Islam
Bangi Selangor dan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, beliau juga mendapat
pengajian daripada tokoh-tokoh ulama tertentu diantaranya datuk saudaranya Tuan
Guru Haji Jauhar Md Sin, ayahanda mertuanya Haji Mohd Nor Ismail Londang dan
lain-lainnya. Nama ‘Abdul Halim’ yang diberikan kepadanya merupakan nama yang
diberi khusus oleh seorang ulama Singapura kerana ayahandanya Haji Maidin bin
Haji Che Mat merupakan pengikut ulama tersebut.
2. Puan Hajjah Zaleha
binti Haji Mohd Nor.
Beliau
ialah ibunda al Fadhil yang mengasuh al Fadhil dengan ilmu-ilmu agama dan al
Quran yang dipelajarinya daripada kedua orang tuanya iaitu Haji Mohd Nor bin
Haji Ismail al Ahmadi dan Hajjah Enchah binti Haji Abbas.
3. Tuan Guru Haji Mohd
Nor bin Haji Ismail Londang.
Beliau
merupakan datuk kepada al-Fadhil disebelah ibundanya, beliau mengajar Tariqat al
Ahmadiyah al Idrisiyah menerusi sanad Tuan Guru Mufti Haji Hassan bin Haji Abu
Bakar, Tuan Guru Haji Abdul Wahid bin Uthman, Tuan Guru Haji Sulaiman Rembau dan
Tuan Haji Husin Ramuan China di rumahnya, al Fadhil selalu mendengar ceramah dan
pengajian yang disampaikan, walaupun al Fadhil ketika itu masih kecil. Beliau
juga pengarang beberapa buah kitab yang membicarakan ilmu tasawwuf, tauhid,
feqah, haji, nazam dan sebagainya. Beliau juga merupakan imam di Masjid Kampung
Londang, Masjid Tanah, pernah berkhidmat di Pejabat Qadhi Jasin dan pernah
menjadi Nazir sekolah-sekolah agama, beliau juga merupakan seorang ahli
perubatan Islam. Al Fadhil merupakan cucu kesayangan datuknya. Al Fadhil juga
diamanahkan menjaga kitab-kitab lama milik al Marhum datuknya yang masih dalam
simpanan al Fadhil.
4. Puan Hajjah Enchah
binti Haji Abbas.
Beliau
merupakan nenda al Fadhil, al Fadhil belajar ilmu al Quran dengannya di madrasah
milik datuknya disebelah rumah. Nenda juga mengajar kepada al Fadhil akan
beberapa ilmu perubatan. Ayahanda kepada nendanya iaitu Haji Abbas bin Haji
Abdullah adalah merupakan murid kepada Syeikh Muhammad Said al Linggi, khalifah
Tariqah Ahmadiyah Asia Tenggara suatu ketika dahulu. Kemudian wafat di Makkah al
Mukarramah.
5. Tuan Sheikh Muhammad
Salim Basmeih
Beliau
telah menghadiah dan mengijazahkan Tafsir Pimpinan Ar Rahman karya kekandanya
Sheikh Abdullah Basmeih kepada al Fadhil. Beliau merupakan seorang peniaga yang
warak dan ‘alim serta jujur.
6. Puan Hajjah Hawa binti
Haji Jauhar.
Beliau
merupakan salah seorang guru al Quran yang telah mengajar al Fadhil di Madrasah
milik ayahandanya Haji Jauhar di Kampung Pengkalan Balak.
7. Tuan Guru Haji
Jaliluddin bin Haji Abdul Wahid.
Beliau
merupakan antara gurunya yang sangat ‘alim dan warak, beliau telah belajar
segala ilmu daripada ayahnya iaitu Tuan Guru Haji Abdul Wahid bin Uthman
termasuklah ilmu tasawwuf dan sebagainya, perwatakan beliau yang begitu lemah
lembut dan adakalanya begitu tegas pendiriannya, ketika berjalan beliau sering
menundukkan kepalanya ke bumi. Beliau telah mengajar al Fadhil akan ilmu tafsir,
feqah dan sebagainya. Tuan guru ini juga merupakan ulama lepasan Universiti
Baghdad Iraq, beliau pernah belajar dengan Dato’ Muhammad Daud bin Daud al
Iraqi, al Fadhil Ustaz Haji Hasan Syukri dan sebagainya, beliau juga mendapat
pengajian di India. Beliau juga mengajar khusus beberapa ilmu mujarabah yang
telah diajar olah ayahnya kepada al Fadhil, setelah al Fadhil mahir dalam bahasa
arab. Beliau juga merupakan pemegang amanah Madrasah Annuriah Addiniah dan juga
sebagai nazir madrasah ini.
8. Tuan Guru Haji Uthman
bin Haji Abdul Wahid.
Beliau
merupakan salah seorang anak Tuan Guru Haji Abdul Wahid, beliau telah belajar di
Madrasah Annuriah dan meneruskan pengajiannya di Universiti Ulum dan Universiti
Jamaliah, India. Beliau telah belajar dengan beberapa ulama-ulama terkemuka
antaranya Maulana Syeikh Abdul Bari, Maulana Sayyid Abul Hasan an Nadwi al
Hasani dan sebagainya. Beliau telah mengajar al Fadhil banyak ilmu antaranya
ilmu lughah, tasawwuf, feqah, tajwid, al Quran dan sebagainya. Beliau telah
mengijazahkan kepada al Fadhil beberapa ijazah antaranya Zikir Tariqat
Ahmadiyah, Sohih Bukhari, Sohih Muslim, Kitab Hikam, Kaifiyyat Zikir Tahlil dan
sebagainya. Beliau juga mengijazah al Fadhil beberapa ilmu khusus yang tidak
diajarkan kepada murid-murid yang lain. Al Fadhil merupakan murid kesayangan
gurunya itu, beliau sering mempelawa al Fadhil bersama mendirikan solat hajat
secara khusus dengan beberapa murid yang tertentu.
9. Ustaz Haji Jamiluddin
bin Haji Abdul Wahid.
Beliau
merupakan guru yang mengajar ilmu Fiqh dan tasawwuf kitab Kasyful Asrar kepada
al Fadhil, beliau juga merupakan salah seorang anak kepada al Mu’allim Tuan Guru
Haji Abdul Wahid, beliau mendapat pengajian di Universiti Ulum, India dan
Universiti al Azhar Mesir, beliau pernah dididik oleh Maulana Sayyid Abul Hasan
an Nadwi al Hasani, kini beliau mencurahkan ilmunya di sekolah peninggalan
ayahnya iaitu Madrasah Annuriah Addiniah.
10.Ustaz Haji Mohd
Fadhlullah bin Haji Abdul Wahid.
Beliau
merupakan guru yang mengajar ilmu Fiqh dan Tauhid kepada al Fadhil, beliau juga
merupakan salah seorang anak kepada al Mu’allim Tuan Guru Haji Abdul Wahid,
beliau mendapat pengajian di Universiti al Azhar Mesir, beliau pernah
mencurahkan ilmunya di sekolah peninggalan ayahnya iaitu Madrasah Annuriah
Addiniah. Kini beliau berkhidmat sebagai penyelia di Annuriah Lil Banat Paya
Rumput Sungai Udang atau lebih dikenali dengan PAYASUM dan juga beliau merupakan
seorang imam di Masjid Paya Rumput Sungai Udang.
11. Tuan Guru Haji Jauhar
bin Md. Sin.
Beliau
merupakan moyang saudara al Fadhil, al Fadhil pernah belajar al Quran
daripadanya di madrasahnya dan beberapa ilmu yang disampaikannya di Masjid
Pengkalan Balak seperti ilmu tasawwuf, feqah, tauhid, sirah dan sebagainya,
beliau merupakan murid Tuan Guru Tok Kenali Kelantan dan beliau wafat pada tahun
1998 dikuburkan di perkarangan Masjid al Jawahir Pengkalan Balak.
12. Tuan Guru Haji Mohd
Farid bin Sajiman.
Beliau
merupakan guru yang mengajar ilmu tasawwuf dan ilmu Mujarrabah kepada al Fadhil,
beliau juga merupakan salah seorang anak murid dan sahabat rapat kepada al
Mu’allim Tuan Guru Haji Abdul Wahid, beliau mendapat pengajian di Madrasah al
Junaid al Islamiyah Singapura beliau pernah mencurahkan ilmunya di sekolah
peninggalan gurunya iaitu Madrasah Annuriah Addiniah.
13. Tuan Haji Ahmad Pasir
Gembur
Beliau
merupakan salah seoang guru al Fadhil yang terawal mengajarnya dalam ilmu al
Quran, al Fadhil belajar al Quran daripadanya pada usia 6 tahun, dan beliau
masih hidup, menetap di Pasir Gembur Tanjung Bidara dan berusia lebih daripada
80 tahun.
14. Tuan Guru Haji Uthman
bin Haji Md. Ali.
Beliau
merupakan datuk saudara al Fadhil, beliau telah mengajar al Fadhil akan ilmu al
Quran di Masjid al Jawahir Kampung Pengkalan Balak ketika al Fadhil berumur 9
tahun.
15. Ustaz Syeikh Haji
Abdul Rahim bin Haji Bahari al-Makki.
Gurunya
ini banyak mencurah dan mengajar pelbagai ilmu kepada al Fadhil, antaranya
Tafsir an Nasafi, Ilmu Nahwu, Ilmu Saraf, Ilmu Qawa’id, Ilmu Hadith, llmu
Tauhid, Feqah dan sebagainya. Gurunya ini antara yang begitu rapat dengan al
Fadhil dan gurunya ini juga pernah mencalonkan al-Fadhil sebagai ‘pelajar
cemerlang’ di Madrasah Annuriah Addiniah.
16. Tuan Haji Muhaimin
Tanjung Bidara.
Beliau
merupakan guru yang mengajar ilmu fiqah dan tasawwuf kepada al Fadhil, beliau
juga merupakan salah seorang anak murid kepada Tuan Guru Haji Abdul Karim,
pengasas Ma’ahad Ehya al-Karim.
17. Ustazah Hajah
Hendun.
Beliau
telah mengajar al Fadhil akan ilmu Fardhu ‘Ain di Sekolah Kebangsaan Pengkalan
Balak, beliau merupakan sabahat ayahanda al Fadhil.
18. Ustazah Zainab binti
Haji Maidin.
Beliau
adalah ibu saudara al Fadhil yang merupakan adinda kepada ayahanda al Fadhil.
Beliau telah banyak mengajar al Fadhil akan ilmu feqah, tajwid, al Quran dan
sebagainya.
19. Ustaz Haji Omar bin
Baba.
Beliau
merupakan salah seorang guru al Fadhil yang telah mengajar di Madrasah Annuriah
Addiniah, beliau juga merupakan mantan pesuruhjaya PAS negeri
Melaka.
20. Ustaz Haji Mohd Noor
bin Haji Omar.
Beliau
telah mengajar al Fadhil di Madrasah Annuriah Addiniah, beliau juga telah banyak
mentarbiah al Fadhil dalam pengajian tarbiah dan harakiyah.
21. Ustaz Suprialdi al
Indunisi
Beliau
telah mengajar al Fadhil akan ilmu lughah al ‘Arabiyah di Madrasah Annuriah
Addiniah Sungai Udang Melaka.
22. Ustaz Zahari bin
Ismail al Kelantani
Beliau
telah mengajar al Fadhil akan ilmu Sirah, Tarikh al Islami dan sebagainya di
Madrasah Annuriah Addiniah Sungai Udang Melaka.
23.Tuan Guru Haji Aman
bin Bachik
Beliau
merupakan salah satu daripada guru yang telah mengajar al Fadhil di beberapa
buah masjid dan surau seperti di Masjid Paya Rumput Sungai Udang, Surau Haji
Abdul Rahman Bukit Darat dan sebagainya. Beliau telah mengajar ilmu feqah,
tasawwuf dan sebagainya kepada al Fadhil. Beliau juga merupakan menantu al
Mu’allim Tuan Guru Haji Abdul Wahid dan pemegang amanah Madrasah Annuriah Lil
Banat, Paya Rumput dan sekarang lebih dikenali PAYASUM.
24. Ustaz Nordin bin Hj.
Mohd Dahan.
Beliau
adalah salah seorang guru al Fadhil yang telah mengajar al Fadhil di Madrasah
Annuriah Addiniah Sungai Udang Melaka. Beliau telah mengajar al Fadhil akan ilmu
akhlak, nahwu, saraf dan sebagainya.
25.Al-Khatib Tuan Guru
Haji Husin Ujong Pasir.
Beliau
adalah salah satu daripada guru-guru al Fadhil, beliau telah mengijazahkan al
Fadhil akan kaifiyyat bacaan Surah Yaasiin, Dalail al Khairat, Hizbul Bahri,
Hizbul Nasri dan sebagainya daripada Tuan Guru Haji Ahmad bin Kassim Paya
Rumput.
26. Ustaz Zakaria al
Fathani.
Beliau
adalah salah seorang guru al Fadhil yang mengajar al Fadhil akan ilmu akhlak,
tafsir dan sebagainya di Madrasah Annuriah Addiniah.
27.Ustaz Abdul Karim bin
Semmard
Beliau
merupakan guru al Fadhil yang telah mengajar ilmu Tarikh Islami, Sirah an
Nabawiyyah, Bahasa Arab, ‘Arudh, Nahwu, Khat Arabi dan sebagainya di Madrasah
Annuriah Addiniah.
28. Ustaz al Syeikh Haruzi
bin Haji Hamzah.
Gurunya
ini ialah seorang ulama lulusan Majma’ al Ilmi al ‘ali Syiria dan lulusan al
Azhar, beliau digelar oleh pelajar-pelajar di Syiria dengan ‘Tok Mufti’ kerana
kealiman yang ada padanya. Beliau pernah menghadiri dan mendengar pengajian
kitab al Hikam Ibn ‘Athoillah as-Sakandari yang diajarkan al Fadhil di Madrasah
an Nur al Islamiyyah Rambai Jaya Bukit Rambai.
29. Syeikh Haji Abdul
Hamid bin Hasan as-Syami.
Gurunya
ini pernah berkata secara berseloroh : “Walaupun Syeikh Muhammad Rajab ini
bertaraf al-Musnid sekalipun, ana belum dapat melihat gahnya sehinggalah dia
bernikah” (gurunya mengiktiraf al-Fadhil di antara ulama yang bertaraf al-Musnid
di waktu itu al Fadhil belum lagi bernikah).
30. Al-Fadhil Ustaz Haji
Ibrahim bin Haji Husin.
Beliau
adalah salah seorang guru al Fadhil, beliau telah mengajar al Fadhil ilmu feqah
di Surau al Mu’allim Madrasah Annuriah Addiniah, beliau merupakan mantan
setiausaha agung Dewan Ulama PAS Negeri Melaka.
31. Prof. Dr. KH Abuya
Syeikh Tengku MuhibbuddinWali.
Gurunya
ini telah mengijazahkan beberapa ijazah kepada al Fadhil termasuk ijazah Tariqah
Naqsyabandiyah. Beliau merupakan ulama’ yang berasal daripada Acheh Indonesia,
beliau juga merupakan mantan pensyarah dan professor di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia. Beliau juga mengarang kitab dan mensyarahkan kitab al
Hikam Ibnu ‘Athoillah As-Sakandari.
32.Ustaz KH Bukhari bin
Abdul Hamid.
Beliau
telah mengajar al Fadhil akan ilmu feqah, tauhid, tafsir, nahwu dan saraf di
Madrasah Annuriah Addiniah, beliau berasal daripada Acheh
Indonesia.
33. Tuan Guru al-Muhaddith
Haji Sulaiman bin Haji Abu Karim.
Beliau
adalah guru al Fadhil yang telah mengajar ilmu feqah, bahasa arab, ilmu
mujarabah, ilmu persilatan dan sebagainya. Beliau juga merupakan mantan tenaga
pengajar di Madrasah Annuriah Addiniah, beliau juga mengijazahkan al Fadhil akan
sanad beberapa kitab seperti al Hikam Ibnu Atho’illah, Sohih Bukhari, Sohih
Muslim dan sebagainya. Al Fadhil juga telah diijazahkan Tariqat al Muhammadiyah
al Syaziliyah oleh gurunya tersebut. Semasa al Fadhil belajar di Madrasah
Annuriah, Haji Sulaiman telah meminta agar al Fadhil mengajar sahabat-sahabatnya
yang kurang cerdik, sekaligus al Fadhil telah diiktiraf akan keilmuannya oleh
beliau sewaktu umurnya 13 tahun.
34. Ustaz Haji Salleh bin
Haji Yusof.
Beliau
juga merupakan salah satu daripada guru-guru al Fadhil yang mengajar di Madrasah
Annuriah Addiniah, beliau mengajar al Fadhil akan ilmu feqah dan sebagainya.
Beliau juga merupakan Mudir Madrasah Annuriah Addiniah dan juga mantan
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka.
35. Dato’ Syeikh Haji Mohd
Murtadha bin Haji Ahmad.
Beliau
merupakan salah seorang guru tasawwuf yang mengajar ilmu tareqat, beliau
merupakan Khalifah Tareqat Ahmadiyah Rasyidiyah Dandarawiyah bagi Asia Tenggara.
Beliau mengajar al Fadhil dan ikhwan tareqat di Masjid Kampung Air Limau, Masjid
Tanah, beliau merupakan cucu Syeikh Haji Muhammad Said al Linggi, beliau juga
merupakan mantan mufti kerajaan Negeri Sembilan.
36.Tan Sri Dato’ (Dr.)
Haji Harussani bin Haji Zakaria.
Beliau
mengajar al Fadhil ilmu tasawwuf menggunakan kitab Penawar Bagi Hati karangan as
Syeikh Abdul Qadir al Mandili al Makki di Masjid al Hidayah Daerah Manjung,
Perak. Beliau merupakan Mufti Negeri Perak.
37. Ustaz Syeikh Fuzi bin
Haji Zakaria.
Beliau
adalah guru yang mengajar al Fadhil di Akademi Pengajian Islam dan Dakwah, Seri
Manjung, Perak. Beliau mengajar al Fadhil ilmu feqah, bahasa arab dan
sebagainya. Beliau telah belajar di Universiti al Azhar Mesir dan banyak
bertalaqqi dengan ulama’-ulama’ mesir.
38.Ustaz Syeikh Haji Md.
Tormizi bin Mat Aroff.
Beliau
merupakan mantan Rektor Akademi Pengajian Islam & Dakwah Perak, beliau
mengajar al Fadhil akan ilmu tauhid, feqah dan sebagainya, beliau telah
mengijazahkan al Fadhil akan ijazah al Ma’tsurat Imam Hasan al Banna,
Salawat-salawat dan zikir-zikir tertentu, beliau juga telah mengajar al Fadhil
akan ilmu perubatan Islam. Beliau telah menerima tarbiyah langsung dari al
Ikhwan al Muslimun Mesir. Beliau juga sering meminta al Fadhil menggantikan
beliau di masjid-masjid atau surau-surau untuk mengajar masyarakat, al Fadhil
sering diberi perhatian oleh gurunya itu kerana telah melihat bakat dan
kelebihan yang diberi oleh Allah kepada diri al Fadhil.
39.Ustaz Saufi al
Azhari
Beliau
merupakan pensyarah di Akademi Pengajian Islam & Dakwah Perak, beliau telaha
mengajar al Fadhil akan ilmu Feqah Mazhab al Syafie. Sangat berhikmah dalam
pengajian dan pengajaran beliau kepada murid-muridnya. Beliau juga merupakan
lulusan Universiti al Azhar, Mesir.
40. Ustaz Baharuddin
al-Azhari.
Beliau
merupakan guru al Fadhil yang telah mengajar al Fadhil ilmu feqah dalam usul al
Fiqh, Qawa’id al Fiqhiyah dan sebagainya di Akademi Pengajian Islam &
Dakwah. Beliau sering meminta al Fadhil mengajar untuk menggantikan dirinya di
sekolah agama rakyat di sekitar daerah Manjung.
41.Ustaz Haji Edy Amin al
Azhari.
Beliau
telah mengajar al Fadhil akan ilmu Tarikh at-Tasyri’, ilmu tauhid, tafsir dan
sebagainya di Akademi Pengajian Islam & Dakwah.
42. Tuan Guru Haji Ibrahim
Alor Setar.
Beliau
merupakan guru al-Fadhil yang telah mengajar beberapa ilmu seperti ilmu
tasawwuf, tauhid, feqah di Madrasah al Qiyam, Batu Hampar Perak (madrasah Ustaz
Haji Sidek Noor), beliau juga mengijazahkan al Fadhil beberapa sanad dan ijazah
Tariqat an Naqsyabandiyah al Mujaddidiyah al Ahmadiyah.
43. Syeikh Haji Sha’ari
bin Ishak.
Beliau
merupakan guru yang mengajar bahasa arab, nahwu, saraf, arudh, feqah dan
sebagainya kepada al Fadhil di Madrasah al Hidayah dan Majma’ al ‘Ilmi al ‘Aliy
Sg. Petani, Kedah. Beliau juga merupakan Mudir dan pengasas Madrasah al Hidayah,
juga Rektor Majma’ al ‘Ilmi al ‘Aliy Kedah.
44. Syeikh Anuar bin Md.
Isa.
Beliau
juga merupakan guru yang mengajar feqah, mantiq dan sebagainya kepada al Fadhil
di Majma’ al ‘Ilmi al ‘Aliy. Beliau juga merupakan pendaftar Majma’ al ‘Ilmi al
‘Aliy Kedah.
45. Tuan Guru Ustaz Haji
Sidek Noor.
Beliau
telah mengajar al Fadhil akan ilmu tasawwuf, tauhid dan feqah di Madrasah ad
Dakwah al Islamiyah, Manjung dan Ma’ahad Tahfiz al Quran al Qiam, Batu Hampar,
Perak. Beliau juga merupakan khalifah kepada Tuan Guru Haji Ibrahim Alor Setar,
Mursyid Tariqat an Naqsyabandiyah al Mujaddidiyah.
46. Tuan Guru Hj Abdullah
bin Hj Abdul Rahman Lubok Tapah.
Beliau
merupakan ulama’ besar Kelantan, beliau mengajar al Fadhil akan ilmu tasawwuf,
feqah, tauhid, lughah dan sebagainya. Beliau juga merupakan mudir Pondok Lubok
Tapah, Pasir Mas, Kelantan. Beliau telah mengijazahkan banyak ilmu, kitab dan
sanad kepada al Fadhil antaranya kitab Penawar Bagi Hati, Sanad Sohih Bukhari,
Muslim dan sebagainya.
47. Tuan Guru Dato’ Haji
Hasyim Pasir Tumbuh.
Beliau
merupakan ulama’ besar Kelantan yang berasal dari negeri Kedah, beliau merupakan
Mudir Madrasah al Bakriyah atau lebih dikenali Pondok Pasir Tumbuh, beliau telah
mengijazahkan kepada al Fadhil beberapa kaedah perubatan Islam, amalan-amalan
tariqat, sanad kitab, hadith, tafsir dan sebagainya. Beliau juga merupakan
syeikh dalam Tariqat Naqsybandiyah.
48. Tuan Guru Haji Salleh
Sik.
Beliau
merupakan salah seorang guru-guru al Fadhil ketika al Fadhil bermusafir mencari
ilmu. Beliau merupakan ulama’ besar negeri Kedah pernah belajar di Masjid al
Haram Makkah al Mukarramah, beliau talah mengajar kepada al Fadhil akan ilmu
tauhid dan sebagainya.
49. Tuan Guru Datuk Haji
Salleh Penanti al-Makki.
Beliau
merupakan ulama’ besar Pulau Pinang, beliau kini menetap di Makkah al Mukarramah
dengan mencurahkan ilmu kepada para pencinta ilmu di tanah suci. Beliau telah
mengijazahkan al Fadhil akan beberapa ilmu hadith dan sanadnya seperti Hadith
Musalsal Bil Awwaliyah, Mushofahah dan sebagainya.
50. Al-Arif Billah Maulana
Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani.
Beliau
merupakan guru mursyid al Fadhil dalam Tariqah al Muhammadiyyah al Idrisiyyah al
Ahmadiyyah as Syaziliyyah, beliau telah mengijazahkan seluruh sanad-sanad
ijazah, riwayat ilmu tasawwuf, hadith dan sebagainya. Al Fadhil merupakan anak
murid kesayangannya, dan beliau selalu menghubungi al-Fadhil untuk bertanyakan
khabar. Al Fadhil juga merupakan wakil dan khalifahnya dalam Tariqat al
Muhammadiyyah al Idrisiyyah. Beliau telah menganugerahkan gelaran “al Idrisi al
Ahmadi” dengan dipakaikan serban, selendang sufi, tasbih kepada al Fadhil.
Beliau menetap di Omdurman Sudan, beliau juga merupakan Imam besar Jami’ul
Idrisi, Omdurman, Sudan.
51. Sayyid Ahmad bin Idris
al-Idrisi al-Hasani.
Beliau
adalah Sayyid Ahmad bin Sayyid Idris bin Sayyid Muhammad as Syarif bin Sayyid
‘Abdul ‘Ali bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Idris, cicit kepada pengasas tareqat
Ahmadiyah, beliau juga merupakan kekanda Sayyid Muhammad ibn Idris al Idrisi,
beliau telah mengijazahkan tariqat Ahmadiyah kepada al Fadhil dan
menganugerahkan gelaran “al Idrisi al Ahmadi” dengan dipakaikan serban,
selendang sufi dan tasbih kepada al-Fadhil di Madrasah An-Nur Taman Rambai Jaya,
Bukit Rambai Melaka pada Majli Haul Sayyid Ahmad ibn Idris al Hasani al Maghribi
bulan Rajab tahun 2005.
52.Sayyid Musthafa bin
Idris al-Idrisi al-Hasani.
Beliau
adalah Sayyid Musthafa bin Sayyid Idris bin Sayyid Muhammad as-Syarif bin Sayyid
‘Abdul ‘Ali bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Idris, cicit kepada pengasas tareqat
Ahmadiyah, beliau juga merupakan kekanda Sayyid Muhammad ibn Idris al-Idrisi,
beliau telah mengijazahkan tariqat Ahmadiyah kepada al Fadhil dan
menganugerahkan al Fadhil dengan dipakaikan serban, selendang sufi dan tasbih
kepada al Fadhil di Sudan.
53. Sayyid Ahmad Idris ibn
al-Hasan al-Idrisi al-Hasani.
Beliau
adalah Sayyid Ahmad Idris bin Sayyid al Hasan bin Sayyid Muhammad as Syarif bin
Sayyid ‘Abdul ‘Ali bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Idris, cicit kepada pengasas
tareqat Ahmadiyah, beliau lebih dikenali dengan Syeikh Ibnu Idris dan juga
merupakan sepupu Sayyid Muhammad ibn Idris al Idrisi, beliau telah mengijazahkan
tariqat Ahmadiyah kepada al Fadhil.
54. Sayyid Musthafa bin
Ahmad as-syarif al-Idrisi al-Hasani.
Beliau
adalah Sayyid Musthafa bin Sayyid Ahmad as Syarif bin Sayyid Muhammad as-Syarif
bin Sayyid ‘Abdul ‘Ali bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Idris, cicit kepada pengasas
tareqat Ahmadiyah, beliau juga merupakan kekanda ipar dan sepupu Sayyid Muhammad
ibn Idris al Idrisi, beliau telah mengijazahkan tariqat Ahmadiyah kepada al
Fadhil dan menganugerahkan gelaran “al Ahmadi” dengan dipakaikan serban,
selendang sufi dan tasbih kepada al Fadhil di Aswan, Mesir.
55. Sayyid Idris bin
Musthafa al-Idrisi al-Hasani.
Beliau
adalah Sayyid Idris bin Sayyid Musthafa bin bin Sayyid Ahmad as Syarif Sayyid
Muhammad as Syarif bin Sayyid ‘Abdul ‘Ali bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Idris,
cicit kepada pengasas tareqat Ahmadiyah, beliau juga merupakan anak saudara
Sayyid Muhammad ibn Idris al Idrisi, beliau telah mengijazahkan tariqat
Ahmadiyah kepada al Fadhil dan dipakaikan serban, selendang sufi dan tasbih
kepada al Fadhil di Aswan dan Kaherah, Mesir.
56.Sayyid al Syarif
Ma’mun bin ‘Abdul Qadir al Idrisi al Hasani.
Beliau
telah mengijazahkan Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah kepada al Fadhil. Beliau
menjadi syeikh tariqat ini di Masjid Sayyiduna al Husin, Masjid Sayyidah Nafisah
dan sebagainya. Beliau merupakan ayahanda kepada Sayyid Majdi al Idrisi al
Hasani. Setelah kewafatan beliau, kepimpinan tariqat ini diambil oleh Sayyid
Majdi al Idrisi al Hasani.
57. Syeikhul Asyraf Sayyid
Majdi bin Ma’mun al-Idrisi al-Hasani.
Beliau
adalah Sayyid Majdi bin Sayyid Ma’mun bin Sayyid ‘Abdul Qadir bin Sayyid Ma’mun
bin Sayyid ‘Abdul ‘Ali bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Idris, cicit kepada pengasas
tareqat Ahmadiyah, beliau juga merupakan saudara Sayyid Muhammad ibn Idris al
Idrisi, beliau telah mengijazahkan tariqat Ahmadiyah kepada al Fadhil dan beliau
merupakan syeikh tariqat Ahmadiyah di Masjid al Husin, Kaherah. Beliau juga
digelar dengan Syeikhul Asyraf.
58.Sayyid Mahmud
al-Idrisi al-Hasani.
Beliau
adalah salah seorang guru al Fadhil yang berketurunan Sayyid Ahmad bin Idris al
Hasani al Maghribi, cicit kepada pengasas tareqat Ahmadiyah, beliau juga
merupakan anak saudara Sayyid Muhammad ibn Idris al Idrisi, beliau telah
mengijazahkan tariqat Ahmadiyah kepada al-Fadhil di Kaherah dan Aswan,
Mesir.
59.Sayyid Dr. Ibrahim bin
Ahmad al Idrisi al Hasani.
Beliau
adalah anak sulung kepada Maulana Sayyid Ahmad bin Idris al Idrisi al Hasani, al
Fadhil pernah diijazahkan amalan tariqat Ahmadiyah, amalan bulan Ramadhan,
amalan Zulhijjah dan sebagainya daripada beliau kepada al Fadhil.
60. Al ‘Allamah Syeikh
Uthman bin Muhammad al Ahmadi al Sudani.
Beliau
adalah mantan mufti di Sudan dan juga merupakan salah seorang khalifah Tariqat
al Idrisiyah di Sudan yang dilantik oleh Maulana Sayyid Ahmad bin Idris al
Idrisi al Hasani. Beliau telah mengijazahkan beberapa doa tertentu untuk
penjagaan dan mengijazahkan seluruh karangan Syeikh Muhammad ‘Uthman al Mirghani
al Husaini kepada al Fadhil.
61. Sayyid Syeikh Abdul
Ghani bin Soleh al-Ja'afari al-Husaini.
Gurunya
ini merupakan ulama’ besar tasawwuf di Mesir dan merupakan pewaris dan Mursyid
Tariqat Ja’afriyah al Ahmadiyah al Muhammadiyah sedunia, al Fadhil telah
menerima tariqah ini daripadanya ketika belajar di al Azhar Mesir.
62. Sayyidi Syeikh
Muhammad Uthman al Mirghani al Husaini.
Beliau
adalah salah seorang daripada guru-guru sufi yang telah mendidik dan mentarbiyah
al Fadhil, al Fadhil telah mengambil bai’ah tabarruk daripada beliau yang juga
merupakan Mursyid Tariqat al Mirghaniyah al Khatmiyah sedunia. Beliau juga
merupakan cicit Syeikh Muhammad Uthman bin Abu Bakar al Mirghani al Husani
pengasas tariqat ini yang juga merupakan murid al Imam Sayyid Ahmad bin Idris al
Hasani. Beliau juga adalah sahabat akrab Maulana Sayyidi Muhammad bin Idris al
Idrisi al Hasani.
63.Prof. Dr. Sayyid
Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki al-Hasani al-Makki.
Beliau
merupakan salah seorang guru al Fadhil di Makkah al Mukarramah, beliau juga
merupakan ulama’ yang bertaraf al Muhaddith, beliau telah mengijazahkan al
Fadhil ijazah hadith Musalsal, kitab wirid seperti ‘Min Syawariq al-Anwar’ dan
sebagainya.
64. Sayyid ‘Abbas ibn
‘Alawi al-Maliki al-Hasani al-Makki.
Beliau
merupakan ulama besar Makkah, beliau merupakan adinda kepada Sayyid Muhammad bin
‘Alawi al-Maliki, beliau sangat pakar dalam bidang sya’ir. Beliau telah
mengijzahkan al-Fadhil akan hadith Musalsal dan Tariqat ‘Alawiyyah.
65.Prof Dr. Syeikh Ahmad
Umar Hasyim al Azhari.
Beliau
merupakan mantan Rektor Universiti al Azhar, beliau mencurahkan ilmunya kepada
pecinta-pecinta ilmu di Jami’ al Azhar. Beliau mengajar al Fadhil dalam ilmu
feqah dan hadith di Jami’ al Azhar.
66. Prof Dr. Syeikh Ali
Juma'ah al Syafie Mufti Mesir.
Beliau
merupakan mufti Mesir, beliau mengajar al Fadhil akan kitab al Hikam di Jami’ al
Azhar pada selepas subuh, beliau juga mengajar al Fadhil di Masjid Sultan Hasan
dalam ilmu feqah dan kelebihan zikir-zikir. Beliau merupakan salah seorang
daripada murid al Musnid Dunia Syeikh Muhammad Yasin al Fadani al
Makki.
67.Dr. Syeikh Jamaluddin
Ibrahim ad-Dusuqi.
Beliau
merupakan guru al Fadhil dan Ulama Fiqh Syafie di Universiti Al Azhar. Beliau
seorang yang buta penglihatannya tetapi Allah menggantikan dengan hati yang
terang benderang, beliau mengajar al Fadhil akan kitab feqah dalam mazhab
Syafie.
68. Prof. Dr. as-Sayyid
Hafiz Khalil as-Sakhawi.
Beliau
merupakan guru al Fadhil dan juga Professor dalam Fiqh Perbandingan Mazhab di
Universiti al Azhar. Beliau mengajar al Fadhil dalam Fiqh al
Muqarran.
69. Prof. Dr. Muhammad
Abdul Fattah al-Benhawi.
Beliau
merupakan Dekan Fakulti Syariah Islamiah Universit al Azhar, beliau mengajar al
Fadhil dalam ilmu fiqh di Universiti al Azhar.
70. Prof. Dr. Kailani
Muhammad al-Mahdi.
Beliau
merupakan guru al Fadhil yang mengajar feqah dan juga merupakan seorang
Professor dalam ilmu Fiqh di Universiti al Azhar.
71. Prof. Dr. Abdul Rahman
bin Abdul Hamid al-Barr.
Beliau
merupakan guru al Fadhil yang mengajar ilmu hadith dan tafsir di al Azhar beliau
juga merupakan Professor dalam Hadith di Universiti al Azhar.
72.Prof. Dr. Ibrahim
Abdul Qadir Muhammad
Beliau
merupakan guru al Fadhil yang mengajar Usul al Fiqh di Universiti al Azhar,
beliau juga merupakan Professor dalam Usul al Fiqh Universiti al
Azhar.
73. Prof. Dr. Ahmad
Muhammad Shirah.
Beliau
merupakan guru al Fadhil yang mengajar ilmu Tafsir di Universiti al Azhar dan
beliau juga merupakan Professor dalam Tafsir di Universiti al
Azhar.
74. Prof. Dr. Alawi Amin
as-Sayyid Khalil.
Beliau
merupakan guru al Fadhil yang mengajar ilmu feqah dan cabangnya seperti Usul
Fiqh, Qawaid Fiqhiyah dan sebagai. Beliau juga merupakan Professor dalam ilmu
Qawaid Fiqhiyah di Universiti al Azhar.
75. Prof. Dr. as-Sayyid
Muhammad ad-Dib.
Beliau
merupakan guru al Fadhil yang mengajar bahasa arab dan kesusteraan di Universiti
al Azhar, beliau juga merupakan seorang Professor dalam bidang Kesusteraan &
Bahasa Arab di Universiti al Azhar.
76.Prof. Dr. Abdus Salam
al-Iskandarani.
Beliau
merupakan ulama al Azhar yang menetap di Iskandariyah, beliau telah mengajar al
Fadhil akan ilmu feqah di Masjid Iskandariyah, Mesir.
77. Prof. Dr. Wahbah
az-Zuhaily.
Beliau
merupakan ulama besar Syiria, beliau merupakan pensyarah dan professor di
Universiti Dimasyqi, Syiria. Beliau telah mengijzahkan al Fadhil akan kitab
tafsir dan fiqh semasa di Mesir dan di Malaysia. Beliau juga telah dianugerahkan
‘Tokoh Ma’al Hijrah’ daripada Malaysia pada 1430 hijriyah bersamaan pada tahun
2008.
78.Prof. Dr. as-Syeikh
al-Muhaddith Umar Abdullah Kamil.
Beliau
merupakan guru al Fadhil yang telah banyak mengajar al Fadhil akan ilmu feqah,
tauhid, hadith, tasawwuf dan sebagainya beliau juga merupakan Syeikh Hadith dan
Ulama Besar dari Universiti al Azhar. Beliau telah mengizahkan seluruh karyanya
kepada al Fadhil termasuk ijazah Tariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah, Tariqat
Siddiqiyah, Tariqat Zahabiyah dan sebagainya.
79.Sayyid Syeikh Abu al
Zahra’ Uwais al Husaini
Beliau
adalah salah satu guru sufi yang telah mendidik dan mentarbiyah al Fadhil.
Beliau telah mengijazahkan Tariqat an Naqsyabandiyah al Khalidiyah, al Zahabiyah
al Siddiqiyah, al Qadiriyah dan sebagainya.
80. Syeikh al Qari ‘Abdul
Halim al Hafiz al Ahmadi.
Beliau
merupakan salah seorang khalifah Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah yang dilantik
oleh Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani, beliau telah
mengajar al Quran al Karim kepada al Fadhil semasa al Fadhil bermusafir ke
Sudan.
81. Sayyid Muhammad bin
Ibrahim al-Kittani al-Husaini.
(Syeikh
Hadith) Gurunya ini telah mengajar al-Fadhil di Iskandariyah dibeberapa masjid
di sana, al Fadhil telah diijazahkan sanad hadith Sohih Bukhari, Sohih Muslim,
al Muwa’atho’, Sunan Abu Daud, Sunan Tarmizi dan sebagainya. Al Fadhil juga
menerima ijazah Tariqah al Kittaniyah daripada syeikh tersebut.
82. Syeikh Sayyid Muhammad
Abu Bakar al-Sya’sya’ie al-Husaini.
Gurunya
ini merupakan ulama’ tasawwuf yang menetap di Syubra Khemah, Mesir. Al Fadhil
telah diijazahkan Tariqat Syaziliyah Hushofiyah di Majlis Maulid di markaz
tariqah ini di Syubra Khemah.
83.Syeikh Muhammad
Nuruddin al-Banjari al-Makki
(Syeikh
Hadith) Gurunya ini telah banyak mengijazahkan sanad-sanad ilmu; hadith, feqah
dan sebagainya. al Fadhil telah menerima ijazah amalan-amalan Tariqat
Syaziliyyah terutamanya Hizib al-Habr, Hizb an-Nasr dan
lain-lainnya.
84. Syeikh KH Ahmad Fahmi
bin Zamzam an Nadwi al Banjari al Maliki.
Beliau
telahg mengijazahkan al Fadhil akan beberapa sanad kitab seperti al-Hikam,
al-Ehya Ulumuddin dan sebagainya, beliau juga mengijazahkan al Fadhil beberapa
Hizib dan wirid, seperti Hizib Bahar, Hizib Nawawi, Tariqah Syazliyah Qadiriyah
dan beberapa sanad musalsal hadith. Beliau juga telah menerima didikan daripada
Maulana Sayyid Abul Hasan an Nadwi al Hasani.
85.Syeikh Ahmad Jumhuri
al-Banjari al-Makki.
Beliau
merupakan ulama besar Makkah, beliau telah mengijzahkan al Fadhil akan wirid,
zikir dan sebagainya seperti Qasidah, Burdah, Ratib al Haddad, Asma’ al-Husna
dan doanya serta kaifiyyat membacanya di Makkah al Mukarramah.
86. Syeikh Sayyid Yusuf
bin Bakhur al-Hasani.
Gurunya
ini telah mengijazahkan kepada al Fadhil beberapa sanad ilmu, hadith dan ijazah
Tariqat Syaziliyah Darqawiyah di Mesir.
87.Sayyidi Shaykh Adnan
al-Kabbani.
Gurunya
ini telah mengijazahkan kepada al Fadhil akan ijazah Tariqat Naqsyabandiyah
Haqqaniyah Aliyyah, yang sanadnya berkait dengan Maulana Sayyid Shaykh Mohd
Nazim al Haqqani al Hasani al Husaini. Al Fadhil pernah mengambil bai’ah
tabarruk daripadanya.
88. Sayyid al Amir al
Hasan Ridha ibn Idris al Sanusi al Hasani.
Al
Fadhil pernah mengambil ijazah Tariqah al Sanusiyah secara tabarruk dengan
beliau. Nenda beliau Sayyid Idris al Sanusi merupakan Raja terakhir kerajaan
Libya yang digulingkan secara zalim oleh Muammar Ghadafi. Bahkan al Marhum
Syeikh Umar al Mukhtar iaitu seorang mujahid Libya pernah mendapat didikan dan
tarbiyah Sufiyah Sanusiyah daripada moyang beliau iaitu Sayyid al Mahdi al
Sanusi dan nenda saudara beliau iaitu Sayyid Ahmad al Syarif al
Sanusi.
al
Fadhil telah berguru lebih daripada seratus orang guru terdiri daripada ulama’
yang muktabar dan al Fadhil telah menerima lebih daripada 50 ijazah daripada
guru-gurunya. al Fadhil juga pernah berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah
Rendah Kebangsaan (Arab) Batang Tiga Timur, Melaka dan mantan Pegawai Hal Ehwal
Islam di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. al Fadhil juga telah banyak
mencurahkan ilmunya diserata tanah air, antara tempat yang pernah dan masih al
Fadhil mencurahkan ilmunya ialah di Madrasah An Nur Taman Rambai Jaya, Bukit
Rambai Melaka, di Madrasah al Falah Tg. Bidara Melaka, di Masjid as-Syuhada’
Bukit Terendak Melaka, di Madrasah Kg Lapan Bachang Melaka, di Madrasah al
Raudhah Taman Tg. Minyak Utama Melaka, di Madrasah Kg. Bukit Terendak Melaka, di
Madrasah al-Amin Taman Rambai Utama Melaka, di Madrasah Haji Abdul Rahman Bukit
Darat Melaka, di Telekom Malaysia Melaka, di Madrasah al Hidayah Lubok Cina
Negeri Sembilan, di Surau Kampung Ulu Semin Lubok Cina Negeri Sembilan, di Surau
Felda Raja Alias Tiga Jempol Negeri Sembilan, di Masjid Daerah Jempol Negeri
Sembilan, di Masjid Darul Hidayah Hulu Langat Selangor, di Darul Ansar Pulau
Gadong, di Darul Ansar Seremban Jaya, di Madrasah Nur at Taufiq, Taman Saujana
Indah Bukit Katil Melaka, di Taman Seri Tanjung, di Kampung Tanjung Kling dan
sebagainya.
Di
atas usaha al Fadhil sebagai pendakwah dan ulama muda pada masa ini, al Fadhil
telah memperkenalkan perubatan Islam kepada masyarakat selain daripada memberi
bantuan kepada yang memerlukannya. Setelah al Fadhil pulang daripada Mesir pada
tahun 2005, usaha dakwah dan perubatan Islam ini begitu giat dan diperhebatkan
gerakannya. Di atas usaha itu, al Fadhil telah berusaha menubuhkan dan
mengasaskan Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia pada tahun 2009 yang
sebelum itu hanya dikenali dengan Pusat Rawatan Islam Darul Ansar kini dikenali
dengan nama Akademi Rawatan Islam Darul Ansar. Al Fadhil telah dilantik sebagai
Musyriful ‘Am (Penasihat Eksekutif) dalam Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar
Malaysia.
Semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan kepada
al Fadhil dalam menyebarkan dakwahnya. Amin.
0 comments:
Post a Comment