Pengertian Badal Haji (Upah Haji)
Dalil Haji Badal (Upah Haji)
Soal Jawab Badal Haji
Badal ertinya 'ganti '. Oleh itu Badal Haji adalah
'menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan
tertentu seperti penyakit ,usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan
kesemua Rukun Islam. Allah berfirman dalam Surah Al-Imran, ayat 97 bermaksud:
Disana terdapat ayat-ayat yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim,dan sesiapa
yang memasuki nya amanlah dia.Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas manusia
,iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan ; dan sesiapa yang kafir
(engkar) sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dari sekalian alam (makhluknya)
Dalil Haji Badal (Upah Haji)
(Bagi
Yang Uzur atau Telah Meninggal Dunia)
Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?" Rasulullah saw. menjawab, "Boleh." Ini pendapat Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, "Tidak wajib."

Apabila seorang yang sakit
setelah dihajikan sembuh, maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan
wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad kewajibannya telah gugur. Barangsiapa
yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka
haji nazarnya itu dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus
menunaikan haji nazarnya. Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan
haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut
dengan biaya dari harta si mayit. Ini pendapat ulama Syafi'i dan Hambali.
Ulama Hanafi dan Maliki
berpendapat, "Ahli waris tidak wajib menghajikan si mayit kecuali jika si
mayit mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga
harta warisan."
Orang yang melaksanakan haji
badal disyaratkan sudah
melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak. Hal ini
berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahwa Rasulullah saw. mendengar
seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah."
Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk
dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah
untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."
1.
Apakah
hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?
Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.

2.
Adakah
wajib dihajikan orang yang telah meninggal dunia dari harta peninggalannya
sedangkan semasa hayatnya beliau belum lagi menyempurnakannya walaupun
kemampuannya telah mencukupi?
Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya.
Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya.
3.
Apakah
wajib ke atas si waris untuk menghajikan orang yang meninggal dunia yang tidak
meninggalkan sebarang harta pusaka?
Tidak wajib.
Tidak wajib.
4.
Apakah
pahala yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal
dunia?
Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu pula gugur kewajipan.
Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu pula gugur kewajipan.
5.
Bolehkah
seorang yang tua atau uzur kerana sakit dan tidak ada harapan sembuh mewakilkan
kepada orang lain untuk mengerjakan haji bagi dirinya?
Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".
Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".
6.
Bolehkah
seorang wanita mengerjakan haji untuk seorang lelaki yang meninggal dunia?
Boleh.
Boleh.
7.
Bolehkah
seseorang mengerjakan haji untuk orang yang meninggalkan dunia lebih dari
seorang?
Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.
Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.
8.
Bolehkah
seorang mengerjakan umrah untuk orang lain sesudah dia mengerjakan haji dan
umrah wajibnya?
Ya. Boleh.
Ya. Boleh.
9.
Apakah
istilah berkemampuan dalam ibadat haji?
Kemampuan ialah:
a. Ada perbelanjaan bagi diri sendiri, tanggungan yang dibawa dan orang yang tinggal yang wajib ditanggung nafkahnya.
b. Sihat badan
c. Aman perjalanan dan ada kenderaan.
d. Tidak suntuk masa untuk pergi setelah ada kemampuan pada tahun itu.

10.
Adakah
hukumnya salah, apabila seseorang mengerjakan haji dari perbelanjaan yang
dikeluarkan oleh orang lain?
Tidak salah. Tetapi tidak wajib ia menerimanya kerana takut menanggung budi.
Tidak salah. Tetapi tidak wajib ia menerimanya kerana takut menanggung budi.
11.
Bolehkah
seseorang berhutang untuk menunaikan fardhu haji?
Tidak wajib haji selagi belum ada kemampuan. Dengan ini tidak perlu berhutang. Kalau dia berhutang juga sedang dia tidak ada cagaran untuk membayarnya maka ia berdosa kerana menyusahkan dirinya dengan perkara yang belum diwajibkan.

12.
Adakah
dibolehkan seorang mengerjakan haji sedangkan dia belum melunaskan semua
hutangnya yang dibayar setiap bulan dari potongan gajinya?
Ya, dia boleh mengerjakan haji kerana ia ada mempunyai cagaran untuk membayar hutangnya. Malah jika dia ada wang simpanan yang memang tidak digunakannya untuk membayar hutang, wajiblah ia mengerjakan haji apabila sampai masanya sebagaimana ia wajib menzakatkan wang itu melainkan kalau digunakannya wang itu semua untuk membayar hutangnya itu.

13.
Sahkan
haji seseorang yang menggunakan wang si mati di mana dia adalah penerima yang
pertama?
Sah hajinya
Sah hajinya
assalamualaikum wbt. Saya nak tanya upah haji ini boleh dibuat bila atau ada bulan-bulan tertentu? Terima Kasih
ReplyDeleteterima kasih di atas pengkongsian ilmu.
ReplyDeleteUpah haji nie boley di buat pada bila2 masa ka atau ada masa tertentu?
ReplyDeleteassalamualaikum
Deletesaya tolong jawab ye
upah haji.. dibuat apabila tiba musim haji.. ada agensi yg buka pendaftarannya bbp bulan sebelum musim haji.. ada juga agensi yg sudah pun mula buka pendaftaran sekarang.. Cuba gugel... wallahua'lam
Assalamualaikum...sy nak tanya,sy sudah melaksakan upah haji untuk kedua arwah emak dan ayah beberapa tahun lalu!boleh kan saya menggunakan nama haji dan hajjah kepada arwah di batu nisan atau sebarang urusan yang melibatkan nama kedua2 org tua saya!!contohnya nama saya "Muhammad"! Boleh kan saya berbin kan arwah ayah saya dengan menggunakan nama "Haji Abdul wahab & hajjah rokiah???mohon pencerahan
ReplyDeleteSaya pun Nak tahu ini
DeleteArwah bapa mertua saya tidak meninggalkan harta pusaka ataupun wang simpanan. Bolehkah saya menggunakan wang saya untuk membayar badal haji untuk arwah.
ReplyDeleteAssalam nak tanya arwah mak saya dah pernah badal haji dari tanggungan adiknya, boleh ka sekarang saya nak buat badal haji utk arwah mak sekali lagi menggunakan duit sendiri?
ReplyDelete